Thursday 25 April 2013

Majlis Guru Pendidikan Khas Kudat

Pengerusi : Mohd Kamri Bin Mohd Hairi

Timbalan Pengerusi : Rojiah Saiwah @ Karim

Naib Pengerusi : Rainah Harsid

Setiausaha : Norfarehan Fadzin

Penolong Setiausaha : Fatimah Muksan

Bendahari : Alex Selamat

Penolong Bendahari : Rohkini Subonging

Biro
1. Lawatan & Rekreasi
- Farmawahedaa Zulkifli (Ketua)
- Nurul Huda Lembut ( AJK)


2. Sukan & Permainan
- Johny Ng (Ketua)
- Suriani Jaafar( AJK)

3. Kebajikan & Kerohanian
- Mohd Hisyammieddy Esa (Ketua)
- Norhayati Ros Bt Zainal Abidin (AJK)

4. Penerangan & Publisiti
- Susan Stephen (Ketua)
- Haizirah Bte Mohd Hairi

5. Perancangan Kurikulum & Inovasi
- Halimah@Salinah Sairi (Ketua)
- Silmah Gabra (AJK)

6. Sambutan
- Norbaizura Mansor (Ketua)
- Maslinah Maral (AJK)

7. Audit Dalam
- Angela Belton

8. Audit Luar
- Harris Hj Afrain (Ketua)
- Abdullah Akop (AJK)

Wednesday 24 April 2013

MESYUARAT PENGELOLA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI SABAH BIL.1/2013

TARIKH : 25 APRIL 2013 (KHAMIS)
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PERDANA PPD KUDAT

Semua Pengetua&Guru Besar Daerah Kudat diundang hadir.

Inti pati Perutusan Pengarah Sempena Jerayawara Pengarah JPN Sabah Tahun 2013

1. Program-program Jabatan yang sedia ada perlu dinilai, disemak dan ditransformasikan kepada pendekatan dan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif.

2. Tema Perutusan Awal Tahun 2013 JPN Sabah  iaitu “Berfikir di Luar Kebiasaan ke Arah Transformasi Pendidikan Negara” perlu diteruskan mengikut prinsip Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI).

3. Kebergantungan kepada cara pemikiran biasa (vertikal thinking) akan menyebabkan kita tidak dapat menerobos jauh di luar kebiasaan berfikir untuk mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya secara lebih kreatif.

4. Berfikir secara biasa akan mengikat kita melihat sesuatu isu dari perspektif yang sempit dan menyebabkan kita bertindak dalam skop yang sempit.

5. Budaya kreatif dan inovatif perlu berdasarkan prinsip cepat, tepat dan intergriti (CTI).

6. Prinsip ini merupakan asas kepada semua niat, pemikiran dan tindakan kita dalam melaksanakan tugas.

7. Sekolah merupakan medan utama untuk memastikan kemenjadian murid berlaku.

8. Wajah kecemerlangan pendidikan bukan terpancar di KPM, tidak juga di JPN, tidak juga di PPD tetapi terpancar di sekolah.

9. Kegagalan sekolah menterjemahkan hasrat PPPM dengan tepat serta melaksanakan pelan tindakan yang tepat akan menyebabkan hasrat PPPM sukar untuk dicapai.

10. Bagi memastikan sekolah berupaya menjadi nukleus dan pemangkin kepada kemenjadian murid, warga sekolah perlu sentiasa meningkatkan produktiviti melalui pendekatan dan kaedah kreatif dan inovatif.

11. Yang dikatakan kreatif pada bulan lepas atau pun pada hari ini tidak semestinya masih bersifat kreatif dan inovatif pada masa akan datang.

12. Tanda aras persaingan perlu diletakkan di peringkat yang lebih tinggi. Meletakkan tanda aras persaingan di peringkat domestik akan menjadikan kita syok sendiri dan masih kekal di takuk lama.

13. Kita perlu sentiasa melihat kekuatan yang kita ada daripada terlalu banyak bercakap tentang kelemahan, kekurangan dan masalah untuk memacu kecemerlangan pendidikan di Sabah.

14. JPN Sabah menduduki ranking ke-8 daripada 16 Jabatan Pelajaran Negeri di peringkat kebangsaan dengan penguasaan 99.90% literasi dan 99.96% numerasi.

15. Dalam peperiksaan STPM 2012, peratus lulus negeri Sabah mencapai 89.41% lulus penuh berbanding 88.76% pada tahun 2011. Meningkat sebanyak 0.65%.

16. Dalam SPM 2012, kita berjaya meningkatkan prestasi apabila kita mencapai 94.31% berbanding 94.01% pada tahun 2011. Pencapaian ini menunjukkan peningkatan prestasi lulus sebanyak 0.26%.

17. Pencapaian JPN Sabah Peringkat Antarabangsa Tahun 2012:

a. Anugerah Best Group Modern & National Dance All Ages, World Cup Dance Competition di Greece
b. Johan dalam Earth Project di Rio De Jeneiro, Brazil
c. Johan Asean Eco Schools

18. Pencapaian JPN Sabah Peringkat Kebangsaan Tahun 2012:

a. Johan Saintis Muda dalam Karnival Sains dan Teknologi
b. Johan Pertandingan Teknologi Pelancar Roket Universiti Malaya
c. Johan Petrosains Science Show Competition
d. Johan Pertandingan Drama Bahasa Inggeris
e. Johan Pertandingan Bicara Berirama

19. Bagi meningkatkan prestasi sekolah, analisis yang lebih mendalam daripada peringkat headcount hingga ke peringkat analisis item perlu dibuat oleh sekolah.

20. Data headcount dan analisis item tidak akan membawa sebarang makna jika objektif dan aktiviti pdp di bilik darjah serta program-program panitia tidak berfokus terhadap keperluan untuk memenuhi penguasaan konstruk setiap murid.

21. Sasaran Gred Purata Negeri (GPN) UPSR pada tahun ini ialah 2.20. Secara purata,minimum semua murid perlu mendapat 1A, 2B dan 2C.

22. Setiap sekolah perlu mengenal pasti setiap mata pelajaran yang boleh dicapai oleh setiap murid untuk setiap gred tersebut.

23. Fokus kepada setiap murid mengikut prestasinya dalam setiap subjek perlu ditekankan melalui kaedah headcount dan analisis item.

24. Bagi memastikan objektif headcount tercapai, operasi di bilik darjah dan program yang dilaksanakan oleh panitia perlu mempunyai korelasi dengan headcount yang dirancang.

25. Dapatan pemantauan Jabatan dan JNJK mendapati bahawa kebanyakan objektif pdp dan objektif program panitia adalah umum dan tidak berfokus kepada keperluan headcount.

26. KPI Gred Purata Negeri (GPN) UPSR ialah 2.20, PMR 2.69 dan SPM 4.70.

27. KPI yang bersifat olympic target ini akan boleh dicapai dengan adanya program-program kecemerlangan dan strategi yang lebih berfokus.

28. Semua sekolah perlu mengambil inisiatif menyemak, menilai dan merekayasa (reengineering) pengurusan kurikulum sekolah khususnya yang berkaitan dengan struktur panitia.

29. Senarai jawatankuasa panitia perlulah dinilai dan diperincikan mengikut kesesuaian manakala spesifikasi tugas setiap jawatankuasa perlu diperincikan.

30. Sekolah harus melantik ketua panitia yang benar-benar boleh memimpin dan mengurus panitia dengan berkesan.

31. Bagi mencapai hasrat Melindungi Masa Instruksional (MMI), pdp di bilik darjah perlu diberikan penekanan.

32. Konsep MMI bukan sahaja memastikan guru perlu berada di sekolah dan di bilik darjah tetapi memastikan pdp berkualiti berlaku di bilik darjah.

33. Bagi memastikan kelestarian kualiti pdp berlaku setiap masa, konsep Produktiviti, Kreatif dan Inovatif (PCI) perlu diberikan penekanan oleh guru.

34. Kemenjadian murid seharusnya bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

35. Usaha-usaha untuk meningkatkan disiplin dan sahsiah murid perlu diperkasakan di peringkat JPN, PPD dan sekolah.

36. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum juga perlu diberikan penekanan kerana aktiviti kokurikulum dapat memperkuat perkembangan EQ murid.

37. Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum.

38. Kunci utama, kejayaan untuk mencapai GPN 2.20 ialah kebijaksanaan pemimpin sekolah.

39. JPN Sabah akan memastikan Pengetua dan Guru Besar (PGB) baru yang ditempatkan di sekolah adalah dalam kalangan mereka yang berprestasi tinggi bersesuaian dengan Anjakan 5 PPPM.

40. Mulai Tahun 2014, semua Pengetua dan Guru Besar baru perlu mempunyai sijil NPQEL.

41. Satu mekanisme untuk kenaikan pangkat ke jawatan GB serta penempatannya tanpa hanya melihat LNPT dan senioritinya akan dilaksanakan oleh Jabatan.

42. Semua Pengetua dan Guru Besar perlu membudayakan Amalan Penarafan Kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM).

43. Pengetua dan guru besar perlu memastikan Jawatankuasa PKS-SKPM sekolah wujud dan berfungsi dengan efisyen.

44. Dapatan Jabatan dan JNJK mendapati bahawa terdapat kecenderungan PKS-SKPM disi untuk keperluan pengisian data sahaja dan bukan dijadikan budaya pengurusan sekolah.

45. Apabila PKS-SKPM hanya dilihat sebagai keperluan memenuhi keperluan penghantaran data maka kualiti pengurusan sekolah tidak akan bertambah baik.

46. Mulai 1 Januari 2012, pelaksanaan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) telah dilaksanakan.

47. Laluan kerjaya guru telah ditambah baik dan diperluaskan sehingga mencapai gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun.

48. Pendekatan bersepadu secara kolaboratif yang dapat meningkatkan impak dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kos perlu dirangka oleh semua pihak bagi melaksanakan program-program akademik bersesuaian dengan dasar Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy).

49. Semua Pegawai Pengawal Kewangan di semua peringkat pengurusan perlu bertindak mengikut peraturan dan prosedur kewangan.

50. Semua pihak perlu mempunyai intergriti yang tinggi bagi mengelakkaan delikuensi kewangan.

51. Penggunaan kos perlulah dibuat secara opimum dan perbelanjaan hendaklah dibuat secara berhemah untuk mengelakkan beban kewangan organisasi.

52. Komitmen kerajaan:

a. Rancangan Makanan Tambahan
b. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
c. Bantuan Persekolahan RM100
d. Bantuan Jaket Keselamatan
e. Bantuan Baucer Buku 1Malaysia
f. Laptop 1Malaysia
g. Penghapusan yuran persekolahan

53. JPN Sabah amat komited bagi memastikan tadbir urus pembangunan berjalan dengan cekap dan efisyen.

54. Projek pembangunan yang dilaksanakan:

a. Pembinaan 8 buah bangunan sekolah menengah dan 4 buah bangunan sekolah rendah (RMK10, Rolling Plan Pertama)
b. Pembinaan 3 buah bangunan sekolah baru (RMK10, Rolling Plan Ke-3)
c. 24 buah projek naik taraf pendidikan khas
d. Naik taraf 1 buah kolej vokasional
e. Naik taraf bangunan 24 buah PPD
f. 17 projek bekalan air bersih untuk 17 buah sekolah pedalaman
g. 83 buah sekolah diberikan sistem telaga tiub.
h. 100% (240 buah) projek makmal komputer yang dalam kawalan JPN Sabah berjaya disiapkan.
i. 99.56 peratus yakni RM183 juta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah tahun 2012 berjaya disiapkan.

55. Lima personal utama yang amat mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah.

a. Pemimpin sekolah yang mempunyai hala tuju yang jelas dan berusaha untuk mencapainya;
b. Guru yang mempunyai komitmen dan intergriti yang tinggi;
c. Murid yang mempunyai disiplin dan komitmen untuk belajar;
d. Ibu bapa yang mempunyai matlamat dan memandu anaknya untuk mencapai matlamat tersebut, dan
e. Penglibatan (engagement) pemimpin setempat.

56. Akaun Facebook dan Twitter Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah diwujudkan untuk dijadikan ruang perkongsian idea yang membina bagi menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan.

57. Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan kedudukannya secara mandatori tidak boleh dipertikaikan.

58. Persetujuan majoriti rakyat Sabah memasuki Malaysia telah diperakui oleh Suruhanjaya Cobold.

59. Kematian anggota keselamatan kita yang begitu tragis dan menyayat hati dalam tragedi di Lahad Datu dan Semporna menyedarkan kita betapa nikmat keamanan, ketenteraman dan intergrasi begitu tinggi nilainya dalam pembinaan negara bangsa.

60. Ketika pejuang kita berada di hujung kematian, tidak pernah terlintas di hati mereka bahawa Sabah untuk Sabah tetapi mereka berjuang atas kedaulatan negara Malaysia.

61. Anasir-anasir yang cuba mengambil kesempatan dalam isu pencerobohan di Lahad Datu dengan menimbulkan isu-isu Sabah for Sabahan, dan menimbulkan isu membawa Sabah keluar dari Malaysia adalah sentimen yang sangat kurang adabnya ketika kita masih diselubungi kepiluan dan kesedihan.

62. Guru-guru sebagai penjawat awam perlu sentiasa mematuhi dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dalam konteks goverment of the day.

63. Guru sepatutnya perlu sentiasa mempertingkatkan ilmu, kecekapan, kemahiran di samping berupaya membangun dan menjadi contoh teladan kepada anak didik.

64. Guru perlu mengutamakan kerja dan tugas hakikinya.

65. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 2/2010 dan Garis Panduan Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9/2010 berkaitan kebenaran bergiat dalam politik untuk guru hendaklah dipatuhi sepenuhnya.

66. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada pegawai supaya penglibatan pegawai dalam aktiviti politik tidak menjejaskan tugas-tugas hakiki sebagai pendidik.

67. Guru sebagai golongan intelektul, harus dapat membedakan antara kerajaan dan politik kepartian.