Thursday 1 March 2012

KSSR KUDAT 2012 BERJALAN LANCAR

Dewan Perdana PPD Kudat, 1 Mac - Kursus Pendedahan KSSR Pendidikan Khas peringkat daerah Kudat berjalan lancar pada Khamis. Acara bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Upacara perasmian pembukaan kursus telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran PPD kudat pada sesi pagi dan upacara perasmian penutupan dilakukan oleh Pegawai Pelajaran PPD Kudat pada sesi petang. Slot kursus dikendalikan dua orang jurulatih utama dan dipantau oleh dua orang penyelia dari SPSPK JPN Sabah. Seramai 27 peserta terdiri daripada guru dan PPM mengikuti kursus ini.

No comments:

Post a Comment