Friday 2 March 2012

Perkongsian RPH

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN                           : PENGURUSAN DIRI
KELAS                                                 : MELATI
MASA                                                 : 30 MINIT
TAJUK                                                 :2. KEBERSIHAN DIRI DAN KESIHATAN
STANDARD PEMBELAJARAN         :2.3.2 Meniru cara menggunakan peralatan kebersihan diri.
OBJEKTIF                                           : Pada akhir pelajaran,murid dapat meniru sekurang-  kurangnya 5/7 cara menggunakan berus gigi dengan betul.
AKTIVITI                                             :1. Murid menyanyikan lagu “Bangun Pagi” bersama guru.
2. Murid diberi penerangan tentang cara menggunakan berus gigi     dengan betul.
3. Murid menonton tayangan video “ Gigi Sihat Senyuman Memikat”.
4. Murid ditunjukkan cara menggunakan berus gigi dengan betul.
5. Murid menggunakan berus gigi dengan bantuan guru.
6. Murid menggunakan berus gigi tanpa bantuan guru.                                                                        
ELEMEN MERENTAS KURUIKULUM: Nilai-nilai murni, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
BAHAN BANTU BELAJAR                :Laptop dan bahan maujud
PENILAIAN P&P                                :Murid dinilai berdasarkan pemerhatian dan senarai semak.
REFLEKSI                                            :Abu, Ali dan Siti dapat meniru 6 langkah menggunakan                                                                                berus gigi dengan betul.
Amir dan Aminah dapat menguasai hanya 3 langkah menggunakan berus gigi dengan betul.
Murid yang tidak menguasai akan diberikan bimbingan secara individu selepas pengajaran dan pembelajaran.
KEHADIRAN MURID                        : 5 / 6 orang


PENCAPAIAN MURID                      : Abu, Ali dan Siti telah menguasai 6 langkah iaitu :
1.      Memegang berus gigi dengan betul.
2.      Membuka ubat gigi dengan betul.
3.      Meletakkan ubat gigi pada berus gigi.
4.      Memberus gigi.
5.      Berkumur-kumur.
6.      Mencuci berus gigi.
7.      Meletakkan berus gigi di tempat yang betul.
TINGKAH LAKU                                                : Amir dan Aminah tidak menguasai langkah pengajaran yang disasarkan kerana Amir tidak memberi tumpuan sewaktu guru menunjukkan langkah menggunakan berus gigi. Manakala Aminah pula kerana mengalami masalah emosi sewaktu pengajaran dilakukan.
SENARAI SEMAK
PENGURUSAN DIRI
TAJUK :                                                             2. KEBERSIHAN DIRI DAN KESIHATAN
STANDARD PEMBELAJARAN                        :2.3.2 Meniru cara menggunakan peralatan kebersihan diri.
OBJEKTIF                                                          : Pada akhir pelajaran,murid dapat meniru sekurang-  kurangnya 5/7 cara menggunakan berus gigi dengan betul.
__________________________________________________________________________________
Nama :  Ali bin Ahmad
Kelas  :  Melati
Arahan : Tandakan (/) jika murid sudah menguasai dan (x) jika murid belum menguasai.
BIL.
KEMAHIRAN DIUJI
TARIKH
MENGUASAI
BELUM MENGUASAI
CATATAN
1
Memegang berus gigi
1 Mac 2012

/


2
Membuka ubat gigi
1 Mac 2012

/


3
Meletakkan ubat gigi pada berus gigi
1 Mac 2012

/


4
Memberus gigi
1 Mac 2012
/


5
Berkumur-kumur
1 Mac 2012

/


6
Mencuci berus gigi



/

7
Meletakkan berus gigi di tempat yang betul
1 Mac 2012
/



REFLEKSI : Ali dapat meniru 6 langkah menggunakan berus gigi dengan betul. Kemahiran yang tidak dapat dikuasai akan diberikan bimbingan secara individu selepas pengajaran dan pembelajaran.
TANDA TANGAN GURU :

No comments:

Post a Comment