Monday 6 February 2012

KSSR BPKHAS

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
( KSSR ) PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PEMBELAJARAN ) TAHAP SATU ZON SABAH-LABUAN
Tarikh  : 21 Nov – 24 Nov 2011
Tempat : Kinabalu Daya Hotel, Kota Kinabalu Sabah
 KEHADIRAN
1.       Pn Oliza Omar - BPKhas
2.       En Rozaini Saharudin – BPKhas
3.       Tuan Haji Ahmad Sabari Bin Kamari – Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
4.       Kassim Hj. Buntak – Ketua Unit Pendidikan Khas
5.       Madjaie – Penolong Pengarah


MINIT CURAI
1.       Memperbetulkan pelaksanaan KSSR 2011
2.       Implementkan dokumen standard ke Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) 
3.       Latihan pengajaran melalui Micro-teaching
4.       Rintis Tahun 4 di mana waktu keseluruhan 1440 masa
5.       Memahami 4 fasa pengajaran ( Persediaan, Imaginasi, Perkembangan dan Tindakan )
6.       Boleh mohon guru ganti jika kekurangan guru dalam melaksanakan KSSR
7.       KSSR Tahun 1 boleh naik ke KSSR Tahun 2 jika melepasi 85%
8.       Keupayaan murid mengikut umur kognitif
9.       Laksanakan Standard Kandungan yang boleh dicapai saja dalam KSSR tahun semasa
10.   Buku Teks Pendidikan Khas akan diterbitkan pada tahun 2013
11.   Pertanyaan lanjut berhubung terus dengan En Rozaini Saharudin 03-88842237/2236 atau hp 013-9286084 atau Pn Oliza Omar di email oliza_o@yahoo.com
12.   Pemahaman Elemen Merentas Kurikulum perlu diterapkan dalam pengajaran.
13.   Konsep belajar melalui TMK dan belajar dengan TMK
14.   Amalkan sikap berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman
15.   Jurulatih Kebangsaan ( Kemahiran Manipulatif  = 012-8126162 )
16.   Satu standard pembelajaran akan melahirkan beberapa objektif
17.   Jalankan saja standard kandungan yang yakin mampu dicapai bagi tahun semasa
18.   Fahami konsep “EXPLICIT” iaitu boleh dicapai
19.   Setiap RPH yang hendak ditulis hendaklah mengutamakan pembelajaran murid
20.   Beberapa aktiviti menarik bagi kemahiran bahagian anggota badan ( 1.1, 1.1.1 )
- Tepuk Oreo ( putar, jilat, celup, isyarat tangan 2 = oreo )
- Tepuk coca cola
- Permainan keretapi ( bunyi tuuut senyaring boleh, tepuk, brek dan booom )
- Tepuk hujan lebat vs tepuk hujan renyai
      21. Jangan melabel murid pendidikan khas dengan label yang negative
      22. Murid perlu belajar secara pengalamian ( merasa )
      23. Bagi aktiviti mendepa, pastikan tangan betul-betul lurus
      24. Pernafasan yang betul ialah perut saja kembung kecut
      25. Motor kasar ialah pergerakan anggota badan yang besar seperti kaki dan tangan
      26. Motor halus ialah pergerakan jari jemari
      27. Lokomotor ialah beralih pergerakan tempat ( tepuk tangan sambil kaki melangkah ke hadapan )
28. Guru pendidikan khas lebih memahami keistemewaan murid berbanding doktor
29. Terbalikkan duit syiling atas meja dinamakan sebagai mengutis
30. Aktiviti mencebis dan menampal ( kertas putih, kertas warna,gam air)
31. Perbincangan dalam kumpulan dipantau jurulatih negeri
32. Soft copy Dokumen Standard Tahun 1 dan Tahun 2 terkini sudah dibekalkan kepada semua penyelaras dalam pendrive

No comments:

Post a Comment