Monday 6 February 2012

PROFESIONALISME

LAPORAN KURSUS PROFFESIONALISME PEGAWAI PENDIDIKAN KHAS DAERAH / PENOLONG KANAN DAN PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS / WAKIL GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

Tarikh  : 8 Nov – 10 Nov 2011
Tempat : Bilik Raya 1, Sabah Oriental Hotel Karamunsing Kota Kinabalu
 KEHADIRAN
1.       Tuan Haji Ahmad Sabari Bin Kamari – Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
2.       Kassim Hj. Buntak – Ketua Unit Pendidikan Khas
3.       Jefrey Sarikul – Penolong Pengarah
4.       Afizul Ag Amin – Penolong Pengarah
5.       Lawasa Amat Kasim - Penolong Pengarah
6.       Rohani Karim – Guru Disleksia
7.       Rohaya Hj Raffae - Penolong Pengarah
8.       Pegawai Khas Pendidikan Khas setiap PPD dan wakil sekolah

AGENDA
1)      Taklimat Urusetia
2)      Ceramah bertajuk ’Guru Relevan Penjana Kecemerlangan’
3)      Perancangan Strategik dan Takwim Pendidikan Khas
4)      Taklimat Kem 1 Murid 1 Sukan – Puan Zainun@Norainun Lain
5)      Ceramah bertajuk ’Motivasi Diri Mencari kebahagiaan’
6)      Verifikasi Data Pendidikan Khas
7)      Perancangan Strategik Pemulihan Khas
8)      Disleksia
9)      Amanat oleh Ketua Sektor
10)   Isu-isu semasa
11)   Hal-hal lain
CATATAN

Bil.
Agenda
Perkara
1.0
Taklimat Urusetia –
Jefrey Sarikul
1.1   Urusan penginapan, makanan dan kemaskini tentatif kursus
1.2   Info aktiviti terdekat Pendidikan Khas iaitu Klinik Futsal pada 10 Nov, Klini Petanque 12 Nov, Kem 1Murid 1Sukan 14-16 Nov 2011
1.3   Pendidikan Khas menekankan aspek pengurusan
1.4   Guru Pemulihan Khas Tambahan ialah penjenamaan baharu ( dulu Guru Pemulihan Linus ). Bidang tugas jika PROTIM ( guru bergerak antara sekolah )
1.5   Karnival Kebudayaan Pendidikan Khas Sabah Feb 2012 bertema 1Malaysia
2.0
Ceramah bertajuk ’Guru Relevan Penjana Kecemerlangan’ –
Kassim Hj. Buntak
2.1 Relevan bermaksud berubah, tepat ikut masa dn sesuai dengan keadaan semasa
2.2 Elemen yng perlu ad dalam diri guru relevan ( GR ) ialah kecemerlangan kerja, keberkesanan kerja, memenuhi kehendak klien, mempunyai kemahiran yang sesuai dan sentiasa memakai pelbagai ‘topeng’ kendiri
2.3 Keperluan Guru Relevan ilah mesti menguasai ilmu asas, kemahiran komunikasi,kemahiran mendengar, kemahiran psikologi, kemahiran sosiologi dan kemahiran falsafah
2.4 Cara menjadi guru relevan ialah mesti menguasai kemahiran asas, fokus matlamat, boleh memanusiakan manusia dan mesti menjadi GURU ( guna untuk rakyat umum ) dan tidak sekadar hanya menjadi cikgu ( tugas rutin mengajar di sekolah sahaja )
2.5 Terdapat 4 teknik mendidik iaitu lakukan untuk murid, bantu murid buat, perhati murid buat dan biarkan murid lakukan sendiri
2.6 Guru relevan yang ingin menjadi guru berkesan hendaklah sentiasa mahu belajar, sikap ingin tahu dalam konteks kerangka ilmu, ingin berubah, pro aktif, berusaha mahu ke hadapan, memiliki ilmu pengurusan, asas kaunseling, dinamik, tidak statik, banyak bekerja kurang bercakap, mengamalkan teori pembelajaran, banyak mengkaji dan membaca, suka bergaul, hubungan baik dengan komuniti, sentiasa buat penambahbaikan, menjadi guru pendamping, bertugas tanpa mengira masa dan mengutamakan kerja berbanding ganjaran serta selalu membuat kajian lapangan untuk mengukur tahap kejayaan.
3.0
Perancangan Strategik Pendidikan Khas –
Jefrey Sarikul
3.1 Fokus JPN 2012-2016
3.2 Terdapat 4 fokus utama iaitu menguasai 4M prasekolah swasta sebelum masuk ke tahun satu, pematuhan Akta Pendidikan oleh Institusi Pendidikan Swasta, Kemenjadian murid Program Pendidikan Khas Integrasi Beermasalah Pembelajaran dan kemenjadian murid pemulihan khas dalam aspek 3M
3.3 Format Perancangan Strategik akan dimuatnaik di email spspkjpnsbh2010@gmail.com
3.4 Kepakaran Perancangan Strategik boleh rujuk terus di Sektor Pengurusan Akademik ( SPA )
3.4 Fokus aktiviti yng ada di Sabah dan kebangsaan

4.0
Taklimat Kem  1 Murid 1 Sukan (1M1S) – Puan Zainun@Norainun Lain ( PPD Tuaran )
4.1 Kem 1M1S akan diadakan di Pusat Ko Kiulu
4.2 Tarikh tutup penyertaan 11 Nov 2011
4.3 Aktiviti seperti bola tampar, bola jaring, olahrga, petanque dan permainan dalaman
4.4 Target penyertaan seramai 250 termasuk guru pengiring seluruh Sabah
4.5 Perjalanan ke lokasi ditanggung PPD setiap daerah
4.6 Penganjur akan sediakan cendera kendangan berbentu tuala dan baju T-Shirt
4.7 AMBIL PERHATIAN-SURAT KEBENARAN PENJAGA MESTI ADA

5.0
Ceramah bertajuk ’Motivasi Diri Mencari kebahagiaan’ –
 Kassim Hj. Buntak
5.1 Fahami konteks motivasi luaran dan dalaman
5.2 Menghayati proses kehidupn ( masa lalu, masa kini dan masa depan )
5.3 Elakkan situasi staf Vs Bos seperti kutuk mengutuk, berpuak-puak, perli bos, menjatuhkan bos, memburukkan bos, boikot bos, sindir bos, guna-guna bos, bangga diri, memukul bos dan melawan bos.
5.4 Jika umur sudah 50 tahun..berubahlah..
5.5 Manusia yang bertopeng negatif ialah bermuka-muka, gergaji dua mata, mengampu dan selalu berpura-pura
5.6 Jika Topeng positif dibuka maka menjadilah kita memahami dan nampak diri sebenar, berubah ke arah positif, yakin dan bangga dengan diri sendiri
5.7 Elakkan sikap buruk kehidupan seperti prasangka buruk, dengki, iri hati, cemburu, pendendam dan ego tidak mahu menerima teguran
5.8 Amalkan LEPS ( Love, Enjoy, Proud,Sincere ) dalam pekerjaan dan menjalani kehidupan
5.9 Harapan agar kita sedar diri, sedar ruang dan mahu berubah daripada negatif ke positif, lemah ke bertenaga, gagal ke berjaya, cikgu ke guru
5.10 Betulkan niat setiap amal jariah yang dilakukan
5.11 “Kita Penabur, pemberi, penyampai, pembimbing dan pencetus idea”
6.0
Verifikasi Data Pendidikan Khas –
Afizul Ag Amin
6.1 Isu dalam Mesyuarat Penyelarasan Data PPKI di Putrajaya ialah peruntukan guru jangan lebih ( pastikan ikut APM ), kemungkinan nisbah 1 guru 6.5 murid akan dipinda ke 1 guru 10 murid, perjawatan 2012 tidak akan dipertimbangkan jika kouta 2011 belum diisi dan bekalan guru kurang
6.2 Data berakhir 31 Oktober 2011, kekurangan guru PPKI Sekolah Rendah di Sabah ialah 6 orang ( 350 layak, 344 diisi )
6.3 Bagi Kudat, kekurangan guru berlaku di SK Matunggong ( 1 Orang ) dan SK Tun Datu Hj Mustapha ( 2 orang ). Senario sama berlaku di sekolah menengah di mana SMK Abdul Rahim kekurangan 1 guru dan SMK Kudat 2 kekurangan 2 guru.
6.4 Bagi kes bilangan murid layak penempatan terlalu ramai, sekolah boleh menangguhkan penempatan murid kategori slow learner( kekalkan dulu murid ini di kelas pemulihan khas atau aliran perdana atas budi bicara Guru Besar ) dan mengutamakan murid keperluan khas yang teruk seperti autisme, hyperaktif dan perkembangan lewat.
7.0
Perancangan Strategik Pemulihan Khas –
Lawasa Amat Kasim
7.1 Dua fokus utama iaitu Murid Sifar Linus Tegar dan Bekas Murid Pemulihan mendapat C dalam UPSR bagi subjek BM dan Matematik
7.2 Program mesti kreatif dan dapatkan kewangan melalui panitia, Bimbingan dan kaunseling serta PIBG
8.0
Disleksia - Rohani Karim
8.1   Disleksia ialah kesukaran perkataan
8.2   Senaman otak sebelum pembelajaran
8.3   Konflik ujian bertulis vs lisan
8.4   Peperiksaan awam boleh mohon’reader’ dan keistemewaan khas seperti menaip jawapan dan masa tambahan
8.5   Murid disleksia selalu pbersikap pelik dengan menimbulkan perangai bukan-bukan dalam kelas seperti selalu minta perhatian
8.6   Instrumen Senarai Semak ( ISD ). 111 = kebarangkalian disleksia
8.7   Hanya murid disleksia sahaja fokus dalam program spesifik disleksia PPKI. Jika murid ada masalah lain hendaklah ditempatkan di program masalah pembelajaran
8.8   Pastikan murid melalui semua proses pendidikan di tahun satu sebelum disahkan disleksia (umur bawah 8 tahun bukanlah disleksia )
9.0
Amanat oleh Ketua Sektor Tuan Haji Ahmad Sabari Bin Kamari
9.1 SKPM3 mesti buat
9.2 Fokus kemenjadian murid
9.3 Kita hendaklah menjadi manusia yang sukarela memberi perkhidmatan dan bukannya terpaksa berkhidmat
9.4 Transformasi hanya akan terlaksana dengan kekuatan seluruh ahli dalam unit melakukan perubahan yang positif
9.5 Kurikulum Pendidikan Khas merupakan jelmaan pendidikan sebenar dalam memanusiakan manusia kerana murid dididik terus pengetahuan pengurusan kehidupan realiti yang sebenar dan tiada beban peperiksaan
10.0
Isu-isu semasa –
Tuan Haji Ahmad Sabari Bin Kamari
10.1 BTC terus memberikan komitmen membantu transisi kerjaya murid pendidikan khas pada tahun 2012
10.2 Kita semua perlu berfikiran besar seperti China jika ingin memajukaan Pendidikan Khas Sabah
11.0
Hal-hal lain
11.1 Sistem fail masih belum dimuktamadkan ( masih menunggu bengkel dari Unit Perkhidmatan dan Rekod JPN Sabah
11.2 Pengurusan organisasi PPKI Sabah akan ebih berkesan melalui ‘Zoning’ di mana setiap zon akan berbincang dan membantu PPD menyelaraskan aktiviti tahunan setiap zon melalui platform seperti ‘Majlis Guru Pendidikan Khas’ dan lain-lain
11.3 Pematuhan aktiviti dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Sabah hendakla terus diperkasa

No comments:

Post a Comment