Wednesday 15 February 2012

Surat Panggilan Mesyarat Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kudat Bil 1/ 2012

                                                                                                                        Rujukan : PPDKDT/1400/
                                                                                                                        Tarikh : 15 Feb 2012
Kepada,
Semua Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ), Penyelaras PPKI, Guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) Seluruh Daerah Kudat


Melalui,
Pengetua SMK Abdul Rahim Kudat, Pengetua SMK Kudat Dua, Guru Besar SK Pekan Kudat Dua, Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat dan  Guru Besar SK Matunggong Kudat

Tuan,
MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI KUDAT BIL 1/2012
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.            Sukacita dimaklumkan bahawa tuan diminta hadir untuk mengikuti mesyuarat seperti di atas mengikut ketetapan berikut ;
Tarikh                  : 23 Feb 2012
Masa                    : 2.00 Petang
Tempat               : Pejabat Pelajaran Daerah Kudat

3.            Agenda mesyuarat adalah seperti berikut ;
                        i.          Ucapan Pengerusi
ii.         Pembubaran Jawatankuasa Penaja Majlis Guru Pendidikan Khas
Daerah Kudat 2011 dan Pembentukan Jawatankuasa Penaja Majlis Guru
Pendidikan Khas Daerah Kudat 2012
iii.        Penubuhan Jawatankuasa Staf Program Pendidikan Khas
Integrasi Daerah Kudat Tahun 2012
                        iv.        Pemantauan Bersepadu
                         v.        Pembentangan KSSR
                        vi.        Hal-hal lain



4.            Kehadiran adalah wajib. Sila kemukakan surat tunjuk sebab sekiranya tidak dapat hadir. Sikap menepati masa hendaklah diamalkan.

Sekian dan terima kasih

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,

 
( HARRIS BIN HJ AFRAIN )
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah/ Ketua Unit Jemaah Nazir Jaminan Kualiti,
b/p Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Kudat.

SK -          Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
-         Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

No comments:

Post a Comment