LAPORAN BENGKEL KURSUS KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR )
TAHUN 2 ZON BARAT JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH
Tarikh : 10 Okt – 12 Okt 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat Sekror Pengurusan Akademik, Bangunan KWSP Sembulan, Kota Kinabalu
KEHADIRAN
1. Kassim Hj. Buntak – Ketua Unit Pendidikan Khas
2. Jefrey Sarikul – Penolong Pengarah
3. Farhana Abdullah – PPD Kota Kinabalu
4. Jurulatih Utama
AGENDA
1) Taklimat Urusetia
2) Ucapan alu-aluan Ketua Unit Pendidikan Khas
3) Bengkel KSSR setiap mata pelajaran / komponen
CATATAN
Bil. | Agenda | Perkara |
1.0 | Taklimat Urusetia | - Elaun Murid Khas ( EMK ) fasa 3, duit sudah ada di KPM dan sedang dalam proses - EMK dibayar berdasarkan tarikh kad OKU - Lebihan EMK RM178,400 untuk 99 orang murid bagi fasa 1 - Murid perdana dan prasekolah yang ada kad OKU juga mesti diproses untuk pembayaran EMK serta merta bagi dengan Cik Uzi |
2.0 | Ucapan alu-aluan Ketua Unit Pendidikan Khas | - Ketua Sektor tidak dapat hadir kerana komitmen tugas di luar kawasan - Berharap guru pendidikan khas memahami kesibukan unit pendidikan khas kerana pegawai-pegawai mempunyai komitmen tugas di luar kawasan - KSSR menuntut perubahan baharu. Transformasi diri melalui cara berfikir dan sikap. - Budaya ketepatan masa mesti ada dalam diri. - 2010, Pemulihan Khas Sabah adalah negeri contoh. Pendidikan Khas mesti begitu juga. - Cara bertindak bukan ikut perasaan tapi fikiran - Tindakan mengikut situasi ( autokratik, demokrasi, lasser fair atau demokrasi terpimpin ) - Cara bekerja juga perlu berubah - RPH mesti buat sehari sebelum hari mengajar -Transformasi memerlukan motivasi dalaman - Motivasi luaran ialah seperti mendapat pujian - Motivasikan diri dengan menilai apa yang telah dilakukan, keadaan sekarang dan bayangkan akan datang - Id dan ego mesti kawal super ego - Guru-guru pendidikan khas diseru buat master dan PHD pada masa depan - Cemerlang dalam profesion? Amalkan teori LEPS ( Love, Enjoy, Proud, Sincere) - Jadikan tugas guru ini ikhlas sebagai amal jariah. |
3.0 | Bengkel KSSR setiap mata pelajaran / komponen | - Tujuan KSSR ialah untuk membangunkan akal manusia, hikmah kebijaksanaan dan modal insan - Kurikulum yang holistic dan seimbang - Elemen Merentas Kurikulum ada 3 tambahan ( i. Keusahawanan, ii.Teknologi Maklumat dan Komunikasi, iii. Kreativiti dan Inovatif ) - KSSR melahirkan 4m ( Membaca, menulis, mengira dan menaakul ) - Dalam Pendidikan Khas, ‘Bidang’ digantikan dengan ‘Mata Pelajaran’ yang mengandungi komponen-komponen - Dokumen kurikulum ( i. Bahan Kurikulum ( Dokumen Standard ), ii. Bahan Sokongan Kurikulum ( buku teks, modul pengajaran, buku panduan aktiviti ) - CD maklumat pembentangan maklumat KSSR Tahun 2 diedarkan kepada setiap wakil sekolah |
No comments:
Post a Comment